Pages

Sunday 1 December 2013

25 Minggu

Sekarang kandungan Aie dah nak masuk 25 minggu. Perasaan? Seronok ada, tak sabar ada, takut ada, sedih pun ada. Apa-apa pun, yang penting kami sihat. Minggu lepas, Aie terasa pening lalat sekejap selepas turun dari kereta nak ke pejabat. Lepas tu, Aie rasa tak sedap badan. So, Aie balik dan ke klinik.

Mengejutkan, doktor mengesyaki Aie menghidap Hyperthyroid. Terkejutnya bukan kepalang. Rasa macam baik Aie tak tahu langsung pasal ni. Bila dah tahu, rasa tak tenang. Doktor ambil sampel darah untuk diuji. debarannya memang tak boleh nak digambarkan.

Perkara pertama yang Aie risaukan adalah Baby Aie. Kesian dia, mungkin dia lahir pre-term. Harap-harap test tu negatif. Cuma apa yang Aie rasa tu adalah simptom biasa kehamilan.

Esoknya, Aie pergi ke klinik lagi sebab rasa tak berapa sihat lagi. Kali ni, Aie ke klinik lain untuk dapatkan pendapat doktor lain. Malangnya, doktor ke dua ni pun mengesyaki perkara yang sama. Jadi, Aie balik rumah dan mula menyiapkan beg hospital. Manalah tahu, Baby Aie lahir awal.

Seronok Aie tengok Amy basuh baju Baby. Comel baju tu tersidai di ampaian. Kalau Baby lahir awal, tak sempatlah Aie nak balik kampung bersalin di sana.

Baby on Board

Wednesday 31 July 2013

Morning Sickness Moment

Hari ni hari ke dua Aie tak dapat berpuasa sebab badan terasa sangat tak sihat. Mungkin sebab perut masuk angin, mungkin juga sebab morning sickness.

Badan betul-betul terasa lemah dan Aie dah semakin kerap ambil MC. Habislah appraisal Aie tahun ni. Tapi Aie rasa morning sickness Aie ni tak ada lah teruk sangat jika nak dibandingkan dengan kawan di tempat kerja Aie.

Seorang ibu sanggup menanggung kelemahan demi kelemahan demi anaknya yang tercinta. Kata-kata itu yang membuatkan Aie selalu teringatkan mak Aie. Memang lemah badan terasa ketika mengandung ni. Hari ni kandungan Aie berusia 7 minggu. Hari ni juga birthday Amy.

Nafas Aie terasa pendek. Perut terasa kembung dan tak hadam. Kepala terasa sakit, dan kadang-kadang bercampur pening. Bila sendawa, kadang-kadang ada muntah yang keluar bersama. Aie tak boleh mencium apa-apa bau walaupun bau badan sendiri.

Amy selalu menjaga Aie dengan baik. Dia sediakan semua keperluan Aie. Dia tak pernah mengeluh. Dia urut kepala Aie setiap hari. Dia urut belakang Aie bila Aie lenguh. Dia selalu jemput Aie di pintu rumah bila Aie balik kerja setiap hari. Kadang-kadang dia turun jemput Aie di kereta jika Aie tak sihat.

Aie tak larat nak bercerita lagi. Aie nak rehat.

Friday 12 July 2013

Doa Sudah Di Makbulkan

Syukur Alhamdulillah. Peristiwa yang ditunggu-tunggu telah pun terjadi. Sesungguhnya Allah maha memperkenankan doa hambanya yang berpuasa. Dalam entry yang lepas, Aie ada ceritakan bahawa Aie berharap sangat untuk bergelar ibu. Dan semalam, 12 Julai 2013 Aie buat pregnancy test di rumah dan Aie dapat keputusan positif. Hanya kata-kata syukur yang mampu dilafazkan bila nampak 2 line pink muncul sebaik sahaja pregnancy test strip tu basah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook