Pages

Tuesday 12 February 2013

Bercuti di Cameron Highlands

Gong Xi Fa Cai.

Sempena cuti tahun baru cina kali ini, Aie telah berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron. Dah lama juga la Aie tak ke sana. Selepas bergelar isteri, inilah kali pertama Aie ke sana. Tapi, kami bukan hanya berdua. Kami pergi bersama 2 keluarga sepupu Aie.

Berkelah di Taman Agroteknologi MARDI


Haa.. Tengok tu, meriah kan? Yang pakai veil putih tu Aie la. Aie kait veil ni untuk Aie pakai semasa majlis pertunangan Aie tempoh hari. Cantik kan? Pattern boleh diambil di sini. Aie jatuh cinta sejak pertama kali Aie jumpa di internet dan terus decide nak pakai semasa kahwin. Tapi masa tu, Aie belum kenal lagi dengan Amy. Hehehe...Yang berjeket biru tu Dini.


Yummy


Siapa tak tergoda dengan makanan di atas sila angkat tangan. Haa.. Semua tangan ada atas mouse, so semua tergoda lah tu. Terima Kasih di ucapkan kepada Kak Long atas masakan ibu yang sangat istimewa.

Seronoknya!!
 

Seronok betul Diana bermain selepas menjamu selera.

Weeee...
 

Wow Dania pun tak nak mengalah.

Tebalnya kabus
 

Selepas selesai menjamu selera, kami menuju ke ladang teh untuk menikmati teh yang segar dari ladang. Err.. At least segar di proses di ladang. Semasa on the way ke sana, jalan raya sangat sesak menuju ke Tringkap. Mujur route kami tak terhalang. Setibanya kami di destinasi, kami mengalami masalah untuk mencari parking kerana ramai betul pengunjung di sini. Tetapi alang-alang sudah sampai, kami tetap mencari ruang untuk parking. Kabus yang tebal benar-benar membuat hati  tak keruan.

Menuju puncak
 

Dan akhirnya, Aie berjaya menuju ke puncak yang dingin dan menyegarkan. Semasa mendaki, Aie dikelilingi dengan pokok teh yang menghijau yang masi belum dituai memandangkan pucuk muda masih banyak. Suasana berkabus yang sangat mendinginkan dan angin yang menyapu muka benar-benar mendinginkan.

Strawberry
 

Selepas selesai menikmati teh dan kek, kami membeli sedikit cenderamata untuk mak Amy dan mak Aie yang masih belum tahu kami ke Cameron Highlands. (Shhh!!!) Seterusnya, kami menuju ke arah Tringkap untuk ke ladang Strawberry. Suatu kemestian apabila berkunjung ke Cameron Highlands. Comelkan Strawberry di atas. Masih putik.

Strawberry Bloom


Ini pula gambar bunga strawberry yang putih dan delicate. Aie kembung perut sepanjang hari Aie di Cameron Highlands, jadi Aie tak makan banyak strawberry semasa di sana. Memandangkan keadaan jalan yang hanya selaju 3km/j, kami tidak dapat berkunjung ke banyak lagi tempat menarik. Mungkin suatu hari nanti, Aie dan Amy akan berdating di sana sekali lagi. Sampai di sini sahaja. Jumpa Lagi.

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook