Pages

Wednesday 13 February 2013

Cutey Charity Crochet

Dah lama betul Aie tak update kat sini bukan? Hmm.. Apa boleh buat, time management masih perlu diperbaiki lagi. Bukannya sibuk sangat, tapi komitmen yang perlu dicurahkan tak selari dengan stamina yang ada. Komitmen kerja sememangnya memenatkan, nak turun site, paper work, lagi pula sekarang musim Aie terpaksa bertugas di waktu malam. Manakala komitmen dengan keluarga taklah berat sangat, memandangkan Amy seorang yang amat bertimbang rasa. Tetapi yang paling tak boleh blah tu, TRAFFIC JAM!!! Pagi JAM, tengah hari JAM, petang pun JAM.



Ok, cukup dengan semua tu. Minggu depan, syarikat tempat Aie bekerja akan mengadakan charity program untuk mengumpulkan pakaian, permainan dan buku untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 18 tahun. Jadi, bagi menyahut seruan ini, Aie membuat keputusan untuk mengait anak patung untuk anak-anak yatim tersebut. Konsepnya, Made with love.


Cute kan? Ben Bear pattern tu adalah design asal Aie sendiri. Manakala design asal untuk Lisa Limbs Aie ambil dari sini Tim Turtle pula Aie adapt dari sini

Aie menggunakan kedua-dua pattern ini untuk tujuan charity ini adalah di atas permintaan designers itu sendiri. Terima kasih diucapkan kepada designer-designer yang sudi berkongsi ilmu.

Kesemua stuff toys ini adalah berukuran mini, lebih kurang 10cm panjang sahaja. Aie ingat nak buat besar-besar, tetapi polyfill tak cukup pula. So Aie mintalah salah seorang dari teman sepejabat Aie untuk tolong belikan Aie polyfill. Rezeki orang nak bersedekah, teman sepejabat Aie pun sedekahkan sebiji bantal untuk Aie buatkan permainan baru untuk mereka yang kurang sangat bernasib baik. Betullah kan? Mereka dapat permainan, pakaian dan buku percuma.



So, lepas ni, bolehlah Aie buatkan yang lebih besar untuk kanak-kanak kecil. Tak perlulah Aie nak risaukan chocking hazard. Oklah, sampai di sini sahaja entry Aie kali ini. Aie nak pergi sambung buat stuff toys lagi. Kalau ada idea dan cadangan, bolehlah panjangkan kepada Aie untuk Aie buat design baru. Until next time, bye.



0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook