Pages

Sunday 1 December 2013

25 Minggu

Sekarang kandungan Aie dah nak masuk 25 minggu. Perasaan? Seronok ada, tak sabar ada, takut ada, sedih pun ada. Apa-apa pun, yang penting kami sihat. Minggu lepas, Aie terasa pening lalat sekejap selepas turun dari kereta nak ke pejabat. Lepas tu, Aie rasa tak sedap badan. So, Aie balik dan ke klinik.

Mengejutkan, doktor mengesyaki Aie menghidap Hyperthyroid. Terkejutnya bukan kepalang. Rasa macam baik Aie tak tahu langsung pasal ni. Bila dah tahu, rasa tak tenang. Doktor ambil sampel darah untuk diuji. debarannya memang tak boleh nak digambarkan.

Perkara pertama yang Aie risaukan adalah Baby Aie. Kesian dia, mungkin dia lahir pre-term. Harap-harap test tu negatif. Cuma apa yang Aie rasa tu adalah simptom biasa kehamilan.

Esoknya, Aie pergi ke klinik lagi sebab rasa tak berapa sihat lagi. Kali ni, Aie ke klinik lain untuk dapatkan pendapat doktor lain. Malangnya, doktor ke dua ni pun mengesyaki perkara yang sama. Jadi, Aie balik rumah dan mula menyiapkan beg hospital. Manalah tahu, Baby Aie lahir awal.

Seronok Aie tengok Amy basuh baju Baby. Comel baju tu tersidai di ampaian. Kalau Baby lahir awal, tak sempatlah Aie nak balik kampung bersalin di sana.

Baby on Board

Wednesday 31 July 2013

Morning Sickness Moment

Hari ni hari ke dua Aie tak dapat berpuasa sebab badan terasa sangat tak sihat. Mungkin sebab perut masuk angin, mungkin juga sebab morning sickness.

Badan betul-betul terasa lemah dan Aie dah semakin kerap ambil MC. Habislah appraisal Aie tahun ni. Tapi Aie rasa morning sickness Aie ni tak ada lah teruk sangat jika nak dibandingkan dengan kawan di tempat kerja Aie.

Seorang ibu sanggup menanggung kelemahan demi kelemahan demi anaknya yang tercinta. Kata-kata itu yang membuatkan Aie selalu teringatkan mak Aie. Memang lemah badan terasa ketika mengandung ni. Hari ni kandungan Aie berusia 7 minggu. Hari ni juga birthday Amy.

Nafas Aie terasa pendek. Perut terasa kembung dan tak hadam. Kepala terasa sakit, dan kadang-kadang bercampur pening. Bila sendawa, kadang-kadang ada muntah yang keluar bersama. Aie tak boleh mencium apa-apa bau walaupun bau badan sendiri.

Amy selalu menjaga Aie dengan baik. Dia sediakan semua keperluan Aie. Dia tak pernah mengeluh. Dia urut kepala Aie setiap hari. Dia urut belakang Aie bila Aie lenguh. Dia selalu jemput Aie di pintu rumah bila Aie balik kerja setiap hari. Kadang-kadang dia turun jemput Aie di kereta jika Aie tak sihat.

Aie tak larat nak bercerita lagi. Aie nak rehat.

Friday 12 July 2013

Doa Sudah Di Makbulkan

Syukur Alhamdulillah. Peristiwa yang ditunggu-tunggu telah pun terjadi. Sesungguhnya Allah maha memperkenankan doa hambanya yang berpuasa. Dalam entry yang lepas, Aie ada ceritakan bahawa Aie berharap sangat untuk bergelar ibu. Dan semalam, 12 Julai 2013 Aie buat pregnancy test di rumah dan Aie dapat keputusan positif. Hanya kata-kata syukur yang mampu dilafazkan bila nampak 2 line pink muncul sebaik sahaja pregnancy test strip tu basah.


Wednesday 10 July 2013

Puasa Pertama

Pertama sekali, Aie nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak sempena hari pertama bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua dicucuri rahmat-Nya. Setiap tahun, Aie pasti akan tunggu bulan yang mulia ini. Sebab, biasanya kalau ada apa-apa hajat, Aie akan minta pada bulan ini dan kebanyakan hajat Aie tercapai. Alhamdulillah.

Monday 8 July 2013

My Mini Taman part 3

Selepas aie menjadi isteri amy, dan berpindah kerumah baru, aie menambah koleksi tanaman dan mengamalkan konsep kitar semula. Pasu yang sedia ada sudah lama berbakti dan menunggu masa untuk dibiodegrasi. Itulah kelebihan pasu plastik Baba. Iklan ini tidak berbayar ye. Tetapi demi bumi tercinta, aie iklankan jugak supaya sesiapa yang membaca blog Me,Myself and Aie ni, mula menilai semula kepentingan menjaga alam sekitar.

My Mini Taman part 2

Antara pokok yang pernah aie tanam sejak bergelar isteri kepada Amy adalah :-

My Mini Taman part 1

Sejak akhir-akhir ni, aie semakin berminat semula dengan hobi bercucuk tanam. Walaupun aie bekerja dan tinggal di aparment yg mempunyai balkoni yang sangat kecil, tetapi minat untuk bercucuk tanam memang hobi yang aie minati dari kecil lagi.

Sunday 23 June 2013

Floria 2013

Dah pukul 3 pagi. Aie masih tak boleh lelapkan mata. Si Bucuk baru bangun tidur sebab nak tengok kalau2 bola tu dah jadi segiempat. Mungkin Aie tidur petang tadi, mungkin juga sebab Aie masih excited dengan pengalaman Si Bucuk membelikan Aie sekuntum Mawar Merah Kenya Gred AAA (kata penjual) sebab Aie selalu bising dia tak belikan Aie bunga.

Tuesday 19 March 2013

Craft Center

Sejak post Charity Work yang Aie post baru-baru ini, ramai teman-teman baik Aie yang selalu melawat blog Me, Myself and Aie ni yang mencadangkan kepada Aie untuk terus menghasilkan barangan kraftangan yang comel. Pada mulanya Aie rasa ragu-ragu dengan cadangan tersebut, tetapi selepas berfikir masak-masak, Aie fikir belum cuba, belum tahu kan? Jadi, Aie pun mula membuat laman blog yang baru yang diberi nama "Craft By Aie" bagi memudahkan orang ramai untuk melihat hasil kraftangan Aie.

Wednesday 13 February 2013

Cutey Charity Crochet

Dah lama betul Aie tak update kat sini bukan? Hmm.. Apa boleh buat, time management masih perlu diperbaiki lagi. Bukannya sibuk sangat, tapi komitmen yang perlu dicurahkan tak selari dengan stamina yang ada. Komitmen kerja sememangnya memenatkan, nak turun site, paper work, lagi pula sekarang musim Aie terpaksa bertugas di waktu malam. Manakala komitmen dengan keluarga taklah berat sangat, memandangkan Amy seorang yang amat bertimbang rasa. Tetapi yang paling tak boleh blah tu, TRAFFIC JAM!!! Pagi JAM, tengah hari JAM, petang pun JAM.

Tuesday 12 February 2013

Bercuti di Cameron Highlands

Gong Xi Fa Cai.

Sempena cuti tahun baru cina kali ini, Aie telah berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron. Dah lama juga la Aie tak ke sana. Selepas bergelar isteri, inilah kali pertama Aie ke sana. Tapi, kami bukan hanya berdua. Kami pergi bersama 2 keluarga sepupu Aie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook