Pages

Sunday 23 June 2013

Floria 2013

Dah pukul 3 pagi. Aie masih tak boleh lelapkan mata. Si Bucuk baru bangun tidur sebab nak tengok kalau2 bola tu dah jadi segiempat. Mungkin Aie tidur petang tadi, mungkin juga sebab Aie masih excited dengan pengalaman Si Bucuk membelikan Aie sekuntum Mawar Merah Kenya Gred AAA (kata penjual) sebab Aie selalu bising dia tak belikan Aie bunga.


Ya,memang Aie teruja sangat kerana ini pengalaman yang paling sweet sebab Aie tak harapkan bunga yang seistimewa itu. Cuma Bunga Mawar Cameron gred biasa sudah mencukupi.

Si Bucuk kata, dia mahu belikan Aie bunga semasa kami berbulan madu semalam. Semasa kami singgah di Colmar Tropicale. Tetapi tidak ada orang yg menjual bunga di sana. Tambahnya lagi, dia tidak tahu di mana nak beli bunga kalau tak jumpa macam tu. Ok Si Bucuk memang masih baru dengan hal perempuan. Dia tak pernah ada girl friend (kata Si Bucuk dan ibu mertuaku). Jadi, maafkan dia.

Apa yang membuatkan Aie berasa lebih teruja, semasa Aie berjalan2 di pesta floria, ada yang menegur, "Eh, akak dapat bunga? Romantik abang". Walaupun Aie x kenal dia, Aie seronok sangat. Bangga dapat bunga dan suami yang romantik (walaupun hakikatnya Aie melalak setiap kali Aie nampak scene perempuan pegang bunga di mana2).

Bunga itu,akan Aie simpan selama yang mungkin sebagai ingatan keikhlasan cinta Si Bucuk. I love you Bucuk..♥

Besar bukan ros ni?

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook