Pages

Monday 8 July 2013

My Mini Taman part 1

Sejak akhir-akhir ni, aie semakin berminat semula dengan hobi bercucuk tanam. Walaupun aie bekerja dan tinggal di aparment yg mempunyai balkoni yang sangat kecil, tetapi minat untuk bercucuk tanam memang hobi yang aie minati dari kecil lagi.


Dulu semasa aie membesar di Kelantan, mak aie membenarkan aie mengambil sebuah pasu tanah liat yang 6 inci untuk aie tanam pokok bunga butang dan ros jepun. Aie seronok sangat melihatkan pokok aie berbunga dan ada rama-rama kecil yang cantik singgah menghisap madu.

Aie selalu duduk di dapur rumah yang mengadap kawasan hutan sambil memerhati pokok bunga yang cantik dan rama-rama kecil. Mungkin dari situ aie belajar menghargai kehijauan alam. Kawan-kawan aie sibuk membantu mak memasak di dapur, aie pula sibuk berangan di pintu dapur.

Semasa berhijrah ke Kuala Lumpur, aie membawa sepasu pokok harum sundal malam yang tidak pernah berbunga sejak aie beli di nurseri di Kota Tinggi pada tahun 2011. Pokok HSM ni aie bahagikan kepada 2 pasu untuk ditinggalkan di rumah dan satu lagi untuk dibawa ke asrama. Mungkin memang bukan waktunya bebunga lagi.Pokok HSM inilah yang membantu aie untuk terus berbakti dengan tanah sehingga kini.

Harum Sundal Malam yang tidak pernah berbunga

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook