Mungkin ada yang masih tak tahu tentang hobi Aie yang memang sudah lama sebati dengan jiwa Aie sejak Aie berusia 6 tahun lagi ni. Aie memang suka menggunakan hasil buatan sendiri kerana kita boleh tentukan mengikut keselesaan sendiri. Veil untuk majlis pertunangan Aie pun Aie kait sendiri. Sekarang, veil tu Aie jadikan selendang untuk memanaskan badan seperti semasa di Cameron Highlands.
Baru-baru ini, Aie membuat topi bayi gaya klasik untuk teman sepejabat Aie yang sarat mengandung. Bayi dalam kandungan itu adalah bayi perempuan, jadi Aie menggunakan benang yang berwarna pink untuk membuat topi. Tengok gambar di bawah ni, comel kan? Stoking tu nampak macam boot yang bergaya kan?
![]() |
Set Accessori Bayi |
Banyak lagi barangan kraftangan yang akan Aie post di "Craft By Aie" dan akan dijual kepada sesiapa yang berminat. Aie juga boleh menerima tempahan untuk custom made mengikut keselesaan pembeli. Sebahagian daripada hasil jualan barangan kraftangan ini akan Aie salurkan ke badan kebajikan yang dianjurkan di syarikat Aie bekerja pada setiap tahun. Sesiapa yang berminat untuk melihat hasil kraftangan Aie, bolehlah melawati http://aiecraft.blogspot.com/ atau klik sahaja di "Craft By Aie".
0 scatches:
Post a Comment