Pages

Sunday 2 September 2012

Tutorial Menggunakan Pixajoy Editor

Dua hari lepas Aie ada pos satu artikel mengenai `Photobook`kan? Jadi hari ni, Aie nak buat tutorial menggunakan Pixajoy Editor.




1. Selepas memuat turun dan install Pixajoy Editor, klik pada Create a new Project. Jika anda sudah memuat turun `predesigned theme`, klik pada open existing Project.  Untuk tutorial kali ini, Aie akan tunjukkan tanpa menggunakan `predesigned theme`. Aie percaya setiap orang adalah berbeza, jadi setiap orang boleh membuat rekaan yang berbeza tanpa menggunakan `predesigned theme`.


2. Kemudian, klik pada Drop down list untuk memilih Product Type. Untuk tutorial ini, Aie memilih `Cheap `n` Chick 8x8 Square. Klik Next.


3. Import gambar yang ingin dimasukkan ke dalam Photobook. Klik pada ikon folder bertanda + untuk mengimport folder atau ikon gambar bertanda + untuk memilih gambar yang dikendaki. Jika ada gambar yang ingin di buang dari tray, klik pada ikon gambar bertanda X.  Setelah selesai mengimport gambar yang dikendaki, klik Next.


4. Pilih bilangan mukasurat yang diingini. Aie memilih 20 mukasurat untuk tutorial ini. Maklumat mengenai jumlah gambar yang telah dipilih dengan mukasurat akan dipaparkan. Anda boleh menambah gambar dengan klik pada butang back atau next jika anda ingin menggunakan 1 gambar yang sama dalam mukasurat yang berlainan mengikut kreativiti masing-masing. Anda juga boleh menambah dan membuang gambar dari tray semasa editing.


5. Pilih corak latar belakang yang ingin digunakan, bersesuaian dengan tema photobook anda. Anda boleh menukar corak latar belakang semasa Editing menggunakan latar belakang yang diingini pada bila-bila masa. Corak latar belakang juga tidak perlu sama untuk setiap muka surat. Klik next.


6. Namakan projek anda dan simpan di dalam hard disk anda untuk keselamatan. (^_^)


7. Kemudian, bolehlah anda mengedit premade photobook anda dengan tutorial yang disediakan oleh pihak Pixajoy Editor.


8. Selepas semua usaha untuk kenangan abadi  telah dilakukan, anda bolehlah menempah photobook anda dengan mengklik logo shopping cart hijau dibahagian atas kanan editor. Selepas membuat pembayaran,  bolehlah anda menunggu photobook anda sampai ke rumah!


Anda juga boleh membelikan baucar photobook sebagai hadiah kepada yang teristimewa. Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lebih lanjut.


Selamat mencuba.
Jika ada sebarang permasalahan, sila tinggalkan komen.



0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook