Pages

Monday 10 September 2012

Jalan-Jalan Cari Idea

Selepas balik kerja, Bucuk datang menjemput Aie dari pejabat terus ke IOI mall di Puchong. Semalam Bucuk ada cakap nak ke Jusco, tapi untuk apa, Aie dah tak ingat. Memandangkan kami hanya merempit, maka kami tak lah tersangkut dalam kesesakan trafik kota raya. Sekejap aje dah sampai. Sampai je kat IOI, kami pun terus ke kedai makanan segera. Lapar sangat petang-petang ni sebab Aie bukannya jenis yang makan tengah hari. Aie tak suka makan cepat-capat. Aie suka ‘enjoy’ makanan Aie. Waktu rehat 1 jam sahaja tak cukup bagi Aie. Kalau Aie makan di rumah Amy, mesti Aie yang habis paling lambat. Bukan apa, nak menikmati rezeki ALLAH. Dalam pada itu, sempat juga Aie ambil gambar ‘booth’ yang menyulam tuala untuk hantaran kami.





Sulamannya kemas. Kalau nak sulam atas barang yang dibawa sendiri pun boleh, nak beli yang memang dah ada disitu pun boleh. Aie sulam tuala dan saputangan untuk Amy sebab Amy memang jenis yang menggunakan sapu tangan. Mujurlah, kalau tidak, entah dimanalah dia kesat tangan yang kotor, muka yang berpeluh tu.

Selepas makan, kami pun berjalan-jalan di sekitar mencari idea untuk menghias rumah yang bakal kami duduki. Rupanya Amy pun seronok nak dapat rumah baru. Benda pertama yang dia cari adalah… Jeng! Jeng! Jeng! TV!! Hai, sabar je lah.

Kami tengok langsir yang dah siap packing, almari baju, peti sejuk, mesin basuh. Wah! Seronoknya, rumah sendiri. Walaupun sewa, tapi ini rumah kami sendiri. Selepas kahwin, kami akan tinggal di rumah mak Amy dulu untuk 2 bulan, kemudian barulah kami pindah. Cukuplah masa untuk kami menyediakan peralatan rumah sebelum berpindah. Tak sabar pulak rasanya.



0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook