Pages

Friday 12 July 2013

Doa Sudah Di Makbulkan

Syukur Alhamdulillah. Peristiwa yang ditunggu-tunggu telah pun terjadi. Sesungguhnya Allah maha memperkenankan doa hambanya yang berpuasa. Dalam entry yang lepas, Aie ada ceritakan bahawa Aie berharap sangat untuk bergelar ibu. Dan semalam, 12 Julai 2013 Aie buat pregnancy test di rumah dan Aie dapat keputusan positif. Hanya kata-kata syukur yang mampu dilafazkan bila nampak 2 line pink muncul sebaik sahaja pregnancy test strip tu basah.



Sejak tak ada tanda-tanda period nak datang (cecair putih bersih lagi banyak ada lah) 9 Julai 2013 lepas, Aie  tertanya-tanya juga, adakah Aie betul-betul dah pregnant atau mungkin ubat Diclofenac Sodium yang Aie ambil bagi merawat betis Aie yang tiba-tiba sakit menyebabkan period Aie lambat. Lagipun, melalui pembacaan dari En Google, ubat ni memang tak sesuai untuk perempuan hamil. Effectnya apa, Aie tak tahu. Harap-harap, baby Aie sihat sejahtera. Amin.

Mula-mula Aie ingat nak test pada pagi 10 Julai 2013, tetapi Aie risau frust sebab sejak kali pertama Aie TTC 3 bulan lepas, Aie ada rasa loya, muntah, spotting, dan macam-macam lagi lah tanda macam orang mengandung, tetapi test, negatif. Jadi Aie decide nak tunda keesokan hari.

Bangun sahur 11 Julai 2013, Aie tanya Amy, nak test ke tak hari ni? Tapi, Amy jawab, esok ajelah. Tanda-tanda period masih belum ada. Jadi, Aie tunda lagi. Dan semakin lama semakin banyak persoalan yang bermain di minda Aie. Apa yang mampu Aie lakukan adalah berdoa kepada Allah banyak-banyak.

12 Julai 2013, Aie test sebelum Aie bersahur. Nervous juga lah sampai nak koyak foil tester pun tak larat. Tapi immidiately selepas tester tu basah, 2 line terus muncul. Aie mula-mula macam tak percaya, tapi bila tengok betul-betul, Aie terkedu. Aie terus bersyukur dan beritahu Amy. Line test tu tak la terang sangat macam line control, tapi jelas dan nyata boleh dilihat hapir sekelip mata.

Gambar ni diambil immidiately selepas garisan muncul.
Gembira, tapi dalam masa yang sama, tak yakin sebab risau kalau tester tu rosak. Amy cadangkan agar kami ke klinik pagi itu untuk pengesahan. Jadi kami pun ke klinik untuk keputusan yang lebih diyakini. Aie ke klinik yang berdekatan dengan rumah Aie, tapi semuanya tutup. Mungkin bulan puasa ni, klinik semuanya buka lambat, atau cuti sempena Ramadhan. Mujurlah salah satu klinik buka. Dan kami pun ke sana.

Selepas memberitahu doktor mengenai pregnancy test pagi tu, doktor mencadangkan agar ultrasound scanner dilakukan. Tapi tak nampak apa-apa sebab Aie sepatutnya tahan buang air kecil sebelum scanning. Sebelum jumpa doktor pagi tu, dah 3 kali Aie buang air. Jadi doktor mencadangkan ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan Aie. Dan doktor telah pun mengesahkan Aie hamil 5 minggu.

Masih terlalu awal untuk Aie harapkan apa-apa, tetapi, jauh di sudut hati Aie, semoga baby dalam kandungan Aie membesar dengan sihat tubuh badan, cerdas akal fikiran dan taat perintah Allah. Semoga perjalanan kehamilan Aie menjadi lancar dan bayi yang mirip Amy dan Aie lahir dalam keadaan sihat. Amin.

Aie masih lagi meneruskan puasa Aie seperti biasa. Lagipun Aie masih lagi belum mengalami apa-apa simptom mabuk buat masa sekarang. Cuma selera makan Aie berkurangan sedikit. Semasa berpuasa, memanglah terasa dahaga sangat pagi-pagi. Tapi, insya-Allah, segala-galanya berjalan dengan lancar.

Selepas Aie memberitahu berita gembira kepada Abah, Abah terus mengajak mak dan adik-adik Aie datang ke rumah Aie. Seronok tak terkata dapat berbuka puasa beramai-ramai. Mungkin inilah yang dinamakan keistimewaan Ramadhan. Alhamdulillah.

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook