Pages

Monday 8 July 2013

My Mini Taman part 2

Antara pokok yang pernah aie tanam sejak bergelar isteri kepada Amy adalah :-


Tulang-Tulang untuk mengubati jerawat. Tetapi pokok ini terpaksa dibuang oleh Amy kerana terlalu cepat membesar walaupun sering dipangkas.

Variegated Ivy yang cantik tergantung. Pokok yang pertama mati kerana terlebih baja (pokok ni perlu dibaja setahun sekali sahaja) dan pokok paku pakis tumbuh di lubang leleh pasu menggantikan ivy. Aie buang paku pakis kerana akar dan sulurnya terlalu panjang untuk beranda kecil aie. Aie membeli pokok kedua semasa floria 2013 baru-baru ini. Cantik, tetapi masih perlu banyak ilmu kerana semakin banyak daunnya mula kering.

Ivy Batch No 2

Secculents dari Cameron Highlands. Beli 6 pasu, tinggal 2 jenis. Mungkin sebab terlebih air semasa musim hujan, hanya 2 yang terselamat.

Kaktus barrel peninggalan housemate yang berkahwin. Tak sampai hati aie nak tinggalkan kaktus tu di rumah sewa. Entah apa yang akan jadi.

Lidah sang buaya dari sang Bunga. Lidah buaya ni aie dapat dari rakan tempat aie bekerja yang dipanggil Bunga kerana minatnya kepada pokok. Banyak pokok yang ada di ofis adalah sumbangan Bunga. Tapi lidah buaya aie membesar dengan sihat tanpa anak pokok sedangkan rakannya yang berada di ofis kurus melidi dan mempunyai banyak anak.


Dari kiri, Barrel Cactus, Lidah Buaya dan Secculents
Tillandsia sang tumbuhan dari atas angin. Pada mulanya aie ada 2 jenis tilly. Satu yang jenis panjang berjuntai, satu yang seperti daun nanas mini. Yang berjuntai aie tinggalkan di rumah mak dan mak mertua, kemudian, aie beli di floria 2013 lagi 4 jenis.

Tilly

Orkid mini 2 inci. Aie jumpa pokok ini semasa floria 2012, berbunga dan mati mungkin akibat kepanasan yang melampau semasa di rumah sewa. Kemudian Bunga berikan aie pokok orkid mini yang baru, tapi tak pernah berbunga dan silih berganti dengan tunas baru apabila pokok tua mati.

Orkid Mini

Kucai yang aie kidnap dari mak. Aie kidnap 3 tetapi yang tinggal hanya 2 mungkin dicuri housemate atau burung, tak pasti sebab xde tanda pokok mati. Tapi akar kucai amat dalam untuk dicabut burung. Dan tanah seperti dikambus semula dengan baik. Setelah salah satu kucai berbunga, aie semai dan dapat 5 pokok. Bila pokok kedua berbunga dan disemai, semut pula kidnap benih-benih kucai. Mujur dah ada warisan.

Kucai





0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook