Pages

Wednesday 10 July 2013

Puasa Pertama

Pertama sekali, Aie nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak sempena hari pertama bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua dicucuri rahmat-Nya. Setiap tahun, Aie pasti akan tunggu bulan yang mulia ini. Sebab, biasanya kalau ada apa-apa hajat, Aie akan minta pada bulan ini dan kebanyakan hajat Aie tercapai. Alhamdulillah.


Ini kali pertama Aie menyambut Ramadhan bersama suami tercinta, Amy. Nak cerita pengalaman berpuasa kali pertama sebagai seorang isteri memang tak banyak lah yang Aie boleh cerita. Hari pertama pun belum habis lagi ni. Tapi malam tadi adalah kali pertama kami ke surau bersama-sama untuk bersolat terawih. Aie hadiahkan Amy sebiji (ye sebiji je) butang baju untuk dia pakai bersolat terawih. Butang baju tu sebenarnya untuk teluk belanga bukannya cekak musang. Sebab tu satu je. Asalkan boleh pakai, hentam sajalah labu. Amy pula, hadiahkan Aie telekung baru. Aie ingat nak pakai buat raya, tetapi tak best la kalau tak pakai telekung yang baru untuk terawih. Telekung yang Aie dapat sempena perkahwinan hari tu pun tak pakai lagi. Boleh buat raya. Telekung yang sedia ada tu dah kuning, renda pun dah tercabut-cabut. Nanti kesian pula orang yang bersolat di sebelah Aie.

Semasa Aie OTW nak ke tempat kerja pagi ni, Aie buka radio lambat sikit. Entah kenapa hari ni berangan lebih. Radio tu bukanlah radio bahasa melayu dan DJ pun bukanlah muslim. Tetapi, tajuk celoteh mereka pagi ini adalah berkenaan dengan pengalaman kali pertama berpuasa. Jadi semasa Aie dengar salah seorang pemanggil yang menceritakan pengalamannya berpuasa semasa darjah 1 dan di upah seringgit untuk sehari berpuasa, teringat pula pengalaman Aie mula berpuasa.

Aie mula berpuasa semasa Aie darjah 2 dalam masa yang sama, Aie juga belajar sembahyang. Bukan parents Aie sendiri yang ajarkan, tetapi Mak Ngah Yam yang ajar. Aie rapat dengan sepupu Aie yang setahun lebih tua dari Aie. Jadi bila tengok dia solat, Aie pun terpinga-pinga dan Mak Ngah pun mengajar Aie bersolat. Mungkin kerana Aie anak sulung dan perents Aie tak ada pengalaman mengajar anak bersolat dan berpuasa. Tak lama kemudian, masuk bulan puasa dan Aie di ajar pula berpuasa. Kebetulan masa tu cuti sekolah (atau Aie yang ponteng sekolah) dapatlah Aie berpuasa dengan family Mak Ngah. Puasa penuh tau, takde separuh hari, tak de reward-reward pun. Bila balik rumah pun Aie teruskan puasa sehingga cukup sebulan.

Bangga tak terkata bila adik Aie yang 2 tahun lebih muda pun mula belajar puasa pada tahun yang sama, tapi dia hanya berpuasa pada hujung minggu. Semasa di sekolah, biasanya Mak Aie akan bawa makanan pada waktu rehat dan tunggu di kantin. Jadi Aie memang tak membeli makanan walaupun duit saku ada diberikan kepada Aie. Pada bulan puasa, Mak Aie tak datang bawa bekal, tetapi, aie tak ingat aie ke mana kalau tak ke kantin. Tapi ramai juga rakan-rakan Aie yang berpuasa pada masa itu. Dan mungkin Aie lepak bersama mereka di bawah pergola sahaja.

Bila tiba hari raya, saudara-mara, jiran tetangga semua tanya puasa berapa hari sebelum memberikan duit raya. Bangga Aie bila aie cakap 30 hari. Ada yang minta kepastian dengan parents Aie dan berikan reward yang tak disangka-sangka. Lagi seronok kalau dapat reward semasa kita tidak mengharap tau.

Insya-Allah, nanti bila diberikan rezeki untuk mempunyai anak, Aie akan didik anak Aie untuk berpuasa penuh tanpa mengharapkan balasan. Tapi rezeki masih belum ada untuk kami. Semoga Ramadhan kali ini dapat menunaikan hajat Aie untuk bergelar ibu. Amin.

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook