Pages

Monday 8 July 2013

My Mini Taman part 3

Selepas aie menjadi isteri amy, dan berpindah kerumah baru, aie menambah koleksi tanaman dan mengamalkan konsep kitar semula. Pasu yang sedia ada sudah lama berbakti dan menunggu masa untuk dibiodegrasi. Itulah kelebihan pasu plastik Baba. Iklan ini tidak berbayar ye. Tetapi demi bumi tercinta, aie iklankan jugak supaya sesiapa yang membaca blog Me,Myself and Aie ni, mula menilai semula kepentingan menjaga alam sekitar.


Aie ada menanam berapa pokok sebagai tambahan kepada pokok yang aie bawa sebelum berkahwin. Antaranya ialah,

Pegaga kidanap dari mak mertua. Pegaga ni masih baru dalam jagaan aie. Aie hanya mengambil serumpun dan tanam didalam pasu bertingkat buatan sendiri dari botol plastik.

Pegaga

Ros jepun yang benihnya dari keratan batang yang dikidnap dari pelbagai sumber termasuklah mak mertua.

Ros Jepun

Kiambang tak bertaut. Beli di floria 2013. Masih tercari-cari idea untuk mempamerkan dalam bentuk yang lebih menarik dari sinki dapur.

Kiambang

Bawang putih yang tumbuh ketika diperlukan. Memandangkan aie baru sahaja menyediakan ruang baru untuk bercucuk tanam, aie mancari beberapa benih yang ada didalam rumah sementara menunggu benih baru sampai. Kebetulan ada seulas bawang putih yang sudah bertunas, tapi aie tak pernah perasan pun. Hai rezeki.

Bawang merah dari daun bawang yang dibeli di pasar. Bawang ni memang bagus,kali pertama aie nak buang pokok ni sebab fikir dia dah mati memandangkan bawangnya sudah kering. Tetapi, bila dicabut, akarnya yang berwarna putih dan panjang terkeluar. Tanam balik. Lepastu, ada ruang baru, alih lagi..tup tup dah mati. 2 kali aie tanam bawang, dapat makan daun je, bawangnya semua mati tanpa anak yang baru.

Gang Bawang (semasa daun bawang masih hidup)
Bawang merah untuk masak. Aie saja ambil bawang yang ada untuk ditanam selepas membaca blog tanamsendiri cara untuk mempercepatkan percambahan bawang. Yg ni pun aie ingat dah mati, tapi bila cabut, ada akar. Tadi baru perasan ada daun kecil dalam 1mm baru nak keluar dari bawang. Harap-harap kali ini aie dapat merasa bawang lain dari bawang ini.


Salad coral hijau dari blog tanamsendiri. Aie beli beberapa benih untuk ditanam sendiri. Salad coral hijau ni baru bercambah, harap-harap menjadi lah.

Dulang seeding guna sangkar telur je.
Dari kiri atas, ketumbar, sadri, Salad Green Coral,
Salad Red Coral, Sawi Dwarf thingy thingy.

Salad coral merah. Kes sama seperti salad coral hijau.

Sawi dwarf thingy thingy. Ni dapat hadiah dari En Iskandar masih belum bercambah, dh 5 hari semai.

Ketumbar yang masih belum bercambah walaupun dah direndam di dalam air.

Sadri kes yang sama seperti ketumbar.

Harap-harap pokok-pokok yang aie tanam ini semua akan menjadi semakin sihat dan dapat aie nikmati tak lama lagi.





0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook