Pages

Sunday 9 September 2012

Raja Jalanan Adi Dassler

Hari ini bermula sangat awal. Sebagai tulang belakang dalam acara larian yang gah, Aie terpaksa bersedia awal dan berakhir lewat. Sudahlah esok pun kena paksa kerja. Macam inilah nasib mencari sesuap nasi. Mujurlah hari ini tidak bermula dengan teruk. Ingat tak artikel photobook yang Aie tulis? Aie dah dapat bukugambar yang Aie reka sendiri. Mungkin bagi orang lain, ianya tidaklah secantik mana, namun bagi Aie, ianya sangat berharga. Memori percintaan Aie dengan Amy terakam indah didalam bukugambar tu. Seronok tak terkata. Tambahan lagi,Amy memberitahu Aie bahawa rumah yang kami survey 2 hari lepas, sudah pun Amy sewa. (^_^) Tamatlah penderitaan selama setahun.





Sementara menunggu waktu bertugas, Aie tidur di surau pejabat dan Amy pulang ke rumah menanti mentari muncul lagi. Mujurlah tahun ini tugas Aie taklah seberapa berat memandangkan tidak lama lagi Aie akan bergelar pengantin. Amy pun tidak bertugas untuk kali ini. Bolehlah dia menyelamatkan warna kulitnya yang hampir menyerupai tanah gambut. (^_^)

p/s: Bagi yang belum tahu, Adi Dassler adalah pengasas bagi jenama Adidas.

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook