Pages

Thursday 6 September 2012

Masuk Angin Sudah

Semalam Aie baru mula puasa 6, tapi dah pukul 4 ptg, Aie boleh pula termakan kerepek yang kawan-kawan pelawa. Hari ini dengan penuh semangat wajanya, Aie puasa lagi walaupun Aie tak bersahur. Aie makan nasi himpit semasa makan malam rumah bucuk je semalam. Dan hari ni, bukanlah hari yang tenang.





Di penghujung hari, Aie dah rasa tak larat sangat dan menggeletar. Balik rumah bucuk pun Aie baring saja. Lepas buka puasa, Aie muntah2. Mak Amy pun galakkan Aie muntah untuk buang angin. Buat kerja teruk sangat sampai masuk angin dalam badan.

Aie rasa sejak Amy balik ke Malaysia lah Aie jadi sakit-sakit macam ni. Aie tak biasa naik motor. Lepas Amy balik, hari-hari naik motor. Hujan pun naik motor. Mana la tak jatuh sakit. Aie ajak naik kereta dia tak nak. Agaknya dia takut lewat ke pejabat. Kalau tak pun, dia takut Jennifer luka lagi. Aie nak tidur awal hari ni. Esok ada rumah terbuka. Tak dapatlah nak berpuasa lagi.



0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook