Pages

Friday 31 August 2012

Tutorial Homemade Photobook

Hari Merdeka!! Hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Sama ada untuk bercuti bersama keluarga ataupun untuk meraikan hari kemenangan negara dalam pemerintahan sendiri. Aie manfaatkan hari yang berbahagia ini untuk menyiapkan `photobook` yang bakal ditayangkan pada hari perkahwinan Aie nanti. Aie menempah bukugambar ini hanya melalui dalam talian. Pixajoy. Mudah, Cepat dan Jimat.



 

 Kalau pembaca Aie mahu menempah 'photobook' atau bukugambar ini, mudah sahaja.

1. Klik di sini untuk ke Pixajoy.

2. Klik pada Download untuk memuat turun Pixajoy Editor, software yang digunakan untuk mereka photobook anda. Jangan risau ianya adalah PERCUMA!!

3. Kalau mahu menjimatkan masa, bolehlah menggunakan `predesigned theme templates`. Cuma masukkan gambar yang dikehendaki kedalam template yang disediakan sahaja. Mudahkan? Nanti Aie ajarkan cara menggunakan software ini bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut.

4. Selepas berpuas hati dengan hasil kerja yang telah diusahakan, bolehlah menghantarnya dengan mengklik pada logo `shopping cart` berwarna hijau bertulis 'order' apabila kursor di letakkan diatasnya.

5. Sign up dengan Pixajoy bagi memudahkan kita untuk mengesan status bukugambar yang telah direka.

6. Selepas 6 hari bekerja, anda akan menerima bukugambar yang telah ditempah di alamat yang telah didaftarkan. Dan, apa yang penting, kos penghantaran juga adalah *PERCUMA!!

*Bagi penghantaran standard di seluruh Malaysia. Terdapat juga penghantaran ke Singapura.

Mudahkan? Dengan bukugambar ini, bolehlah kita abadikan gambar keluarga, bayi baru lahir, kenangan bercuti, konvokesyen dan sebagainya. Harganya pun murah, serendah RM60 untuk 20 muka surat!

Tidak sabar rasanya Aie menunggu bukugambar praperkahwinan Aie untuk sampai.


2 scatches:

chunie247 said...

Boleh tanya sikit tak? Sy ada buat photobook dgn pixajoy ni tapi bila order, tak boleh. Dah signup tapi bila nak buka kelaman pixajoy tak blh. Ni dok tgh pening ni.....help me

Aie Amy said...

Sorry chunie, maybe boleh try refer di http://www.pixajoy.com.my/branding/pixajoy/pdf/how-to-upload-your-book-project-files.pdf

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook