Pages

Thursday 30 August 2012

Merdeka Untukku

Sempena merdeka yang bakal disambut sebentar lagi,Aie ingin menggunakan bahasa melayu tinggi untuk artikel kali ini. Sudah lama sangat jari dan lidah Aie gunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi setiap hari. Aie pun tidak faham mengapa ramai orang yang memulakan perbicaraan dengan Aie dalam bahasa inggeris sedangkan kami sama-sama orang melayu yang sangat fasih berbahasa melayu? Semoga semangat patriotik yang ada pada hari ini boleh berkekalan. Bolehlah Aie menulis dalam dwi bahasa.




Hari ini, Aie akan pulang ke kampung bersama cik Abang. Sudah lama rasanya Cik Abang tidak pulang ke rumah Aie. Lagipun banyak betul hal-hal perkahwinan yang perlu diselesaikan menjelang hari pernikahan kami tidak lama lagi.

Cik Abang memandu kali ini kerana Aie terlalu mengantuk untuk memandu. Lebuhraya kelihatan kurang pengguna kerana ramai yang ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kebangsaan.

Aie rasa setakat ini sahajalah Aie menulis untuk kali ini. Aie terlalu mengantuk dan agak pening menulis di dalam kereta. Sampai berjumpa lagi.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

0 scatches:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook